ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN
Pengurusan Organisasi Bengkel Dan Keselamatan
1. Organisasi bengkel dan keselamatan adalah satu sistem pengurusan bengkel.
2. Dalam sistem ini, murid akan menjalankan tugas mereka dalam kumpulan secara bergilir-gilir.
3. Murid perlu mematuhi jadual kerja yang disediakan dan bekerjasama untuk memastikan peraturan-peraturan tersebut dipatuhi.
Struktur Organisasi Bengkel
1. Ketua kumpulan dinamakan formen dan dibantu oleh penolong formen.
2. Formen dan penolong formen menerima arahan daripada guru dan mereka akan menyelaraskan tugasan kepada setiap kumpulan.
3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan menjalankan tugas masing-masing berdasarkan carta organisasi.
Langkah-Langkah Keselamatan
1. Amalan 4M dipraktikkan di dalam bengkel bagi memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan murid.
2. Amalan 4M tersebut ialah seperti yang berikut.
3. Peraturan keselamatan di dalam bengkel:
(a) Memberikan perhatian pada kebersihan bengkel;
(b) Memastikan lantai bengkel sentiasa kering dan tidak berminyak;
(c) Memastikan terdapat alat pemadam api di dalam bengkel;
(d) Memastikan bengkel bersih dan kemas;
(e) Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan dan percahayaan yang mencukupi;
(f) Membekalkan bengkel dengan peti pertolongan cemas.
Etika Dan Budaya Kerja
1. Amalkan etika dan budaya kerja yang betul semasa berada di dalam bengkel supaya murid mengamalkannya setelah mereka menempuh alam pekerjaan nanti.
2. Etika kerja adalah disiplin dan sikap anda terhadap kerja manakala budaya kerja bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sebuah organisasi.
3. Contoh etika kerja adalah:
(a) Menepati waktu;
(b) Amanah;
(c) Patuh pada peraturan dan undang-undang.
4. Contoh budaya kerja ialah:
(a) Beratur ketika memasuki bengkel;
(b) Mengucapkan salam kepada guru sebelum memulakan kerja;
(c) Formen hendakkah memeriksa keadaan bengkel dan alatan serta membuat laporan.
No comments:
Post a Comment