PAGE


thankz kepade lec ste 3001 untuk tugasan menyiapkan belog ni. credit to Puan habibah dan Puan Magdalina , welcome to my belog ! (= kpd pengunjung belog ini . TERIMA KASIH .
6 JUNE 2012

survey

gender male
female
race malay
chinese
indian
semester year 1st year
2nd year
3rd year
4th year
How much do you spend your money per month? RM 300
RM 500
More than RM500
How much do you save your money per month? Less than RM 10
Between RM10-RM30
Between RM30-RM50
More than RM50
What will you do if you do not have enough money? Steal from others
Borrow from your
friends
Ask your parents to bank-in some money Doing part time job
Have you ever owed some money from your friends? If you choose ‘Yes’, Please answer question 6 . If not, please ignore the question. yes
no
How much you always borrow from your friend? Between RM 5-RM10
Between RM10-RM30
Between RM30-RM50
More than RM50
.How do you spend your money? (you may choose more than one answers) Study
Food
Entertainment
Health
Transport Fund
What kind of activities do you spend your money more? (You may choose more than one) Study
Food
Entertainment
Health
Transport Fund
8. How much do you budget your money on prepaid top-up in a month? Below than RM 10
RM 10 – RM 30
More than RM 30
Where do you prefer to buy your meal everyday? McD, KFC, Pizza Hut,Domino’s
Cafe
Self-cooking
What can you do to decrease your spending? Buy lower price of products
Buy product during sale or promotion
Buy something that you need according to your necessity
Which one is necessary for you as a student? (You may choose more than one) Hand phone
Laptop Broadband
New gadget
Entertainment
Accessory
Dobby Clothes Stationary Motorcycle/car
Which one do you prefer when you are buying some product? Branded, Quality ,price
Non-branded,low price, can get in large quality
Name:
Email Address:

This form powered by Freedback

INFO TENTANG BULUH





Buluh atau nama botaninya Bambusa sp. merupakan  tumbuhan yang banyak terdapat di Malaysia. Ia mudah tumbuh dan mudah ditanam. Biasanya ia tumbuh meliar bebas kerana ia sesuai dengan cuaca negara ini.

Buluh adalah pokok daripada kawasan tropika berdaun lebat berwarna hijau dengan batangnya boleh hidup memanjang sehingga lebih 30 meter dan dikenali sebagai tumbuhan tropika paling panjang. Di Asia Tenggara, buluh banyak digunakan dalam seni bina termasuk rumah, wakaf, sangkar binatang dan pagar serta pelantar.

Taburan buluh di dunia adalah meluas dan habitat pertumbuhan aslinya terdapat di semua benua kecuali benua Eropah. Terdapat sekitar 92 genus dan 5,000 spesies. Buluh boleh di kumpulkan kepada 2 kumpulan besar iaitu yang mempunyai pertumbuhan tunggal (monopodial) dan pertumbuhan berumpun (simpodial). Buluh yang tumbuh tunggal hanya tersebar di kawasan beriklim sederhana sementara di kawasan tropika pula pertumbuhan adalah berbentuk berumpun.

Buluh tergulung dalam keluarga Gramineae, iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh adalah sub-keluarga Bambusoideae yang mengandungi genus-genus seperti Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Gigantochloa, Schizostachyum dan lain-lain lagi. Dikenali sebagai antara tumbuhan yang pantas berkembang dengan purata meninggi hingga 60 sm atau lebih setiap hari, bagaimanapun ia masih bergantung kepada kesuburan tanah dan suhu sekeliling.


Di antara jenis-jenis buluh yang ada di Malaysia ialah buluh akar, buluh aloh bukit, buluh anap, buluh aur, buluh beti, buluh beting, buluh betong, buluh bisa, buluh buta, buluh dinding, buluh duri, buluh galah, buluh hantu, buluh kapur, buluh kasap, buluh lemang, buluh lumpit, buluh lumpit kecil, buluh minyak, buluh nipis, buluh padi, buluh pagar, buluh pahit, buluh pelang, buluh perindu, buluh raga, buluh rayah, buluh semantan, buluh semeliang, buluh semeyeh, buluh sumbiling, buluh sumpitan, buluh telor, buluh tikus dan buluh tumpat.

Di antara kehebatan buluh ialah:
  1. Buluh sebenarnya lebih hebat daripada besi dan dapat menampung berat tambahan sebanyak lima kali ganda beratnya sendiri.
  2. Gentian buluh lebih fleksibel dan kuat daripada kayu. Di Jepun dan China misalnya, kertas tisu, bond dan alat tulis yang berkualiti dihasilkan daripada buluh.
  3. Hampir keseluruhan Jambatan Sinchuan, iaitu sebuah jambatan gantung di China, diperbuat daripada buluh. Jambatan ini masih digunakan lagi selepas 1000 tahun.
  4. Pada puratanya sebatang buluh yang panjangnya 6 meter, boleh menghasilkan 950 bilah lidi sate dan 2850 bilah cungkil gigi.
  5. Rebung buluh boleh dibentuk untuk mendapatkan buluh berbentuk tiga dan empat segi.
  6. Di India, akar buluh digunakan untuk membuat bola polo.



Walaupun ciri asaln buluh adalah tumbuh meliar, kini pokok buluh mula menjadi tumbuhan hiasan di laman rumah dan taman-taman kerana keunikan dan kesan yang mendamaikan. Taman berkonsepkan Zen, Jepun dan Cina, buluh adalah antara ciri yang dimasukkan dan tidak boleh diabaikan. Pada masa ini buluh sering menjadi pilihan di taman kerana ia tumbuhan hiasan yang tidak lapuk ditelan zaman dan boleh disesuaikan dengan pelbagai konsep penataan hiasan taman yang menampilkan ciri-ciri tradisional dengan sentuhan kontemporari.

Buluh mencipta satu suasana yang indah tanpa memerlukan kos dan penyelenggaraan yang tinggi. Masalah yang dihadapi ialah kerana dedaunnya yang mudah berguguran dan mungkin memerlukan masa untuk membersihkannya.

Dalam seni hiasan taman, pokok buluh biasanya menjadi pelengkap eksotik kerana rupa bentuknya yang unik selain tanaman berkenaan dikenali sebagai pokok tahan lasak. Sejak kebelakangan ini, buluh dijadikan kemasan untuk kawasan sekitar kolam, pelantar dan dinding laman dengan pelbagai sentuhan unik, warna dan reka bentuk.


Ada kira-kira 100 jenis buluh dengan pelbagai warna, bentuk dan tekstur. Oleh kerana itu  buluh sering dijadikan hiasan bagi melengkapkan seni laman kediaman. Seni hiasan laman terkini turut menampilkan ciri tradisional dengan sentuhan kontemporari dan buluh sering menjadi pilihan pereka laman kerana ia boleh disesuaikan untuk apa konsep pun termasuk moden.

Selain menjimatkan masa dan wang untuk menyelenggara, buluh juga menjimatkan ruang kerana ia tidak tumbuh menjalar tetapi membesar dengan meninggi. Untuk itu, ia sesuai sebagai hiasan laman di ruang sempit seperti di balkoni dan juga di laman-laman kecil seperti di hadapan rumah teres.Terdapat beberapa jenis buluh yang biasa ditanam sebagai tanaman landskap di taman-taman. Antaranya:
  1. Buluh gading - nama saintifik Bambusa Vulgaris C.V Vittata. Ciri batang berwarna kuning dengan jaluran hijau. Ruas sederhana panjang. Lebih sesuai untuk taman yang besar.
  2. Buluh galah - nama saintifik Bambusa Heterostachya. Ciri batang berwarna hijau lumut. Tumbuh meninggi. Biasa dijadikan galah kerana cirinya yang panjang. Sesuai untuk taman.
  3. Buluh pagar - nama saintifik Bambusa Multiplex. Ciri batang sederhana kecil. Batang dan daun berwarna hijau segar. Sesuai untuk taman dan laman kediaman yang luas.
  4. Buluh kuning - nama saintifik Schizostachchyum Brachycladum. Batang berwarna kuning. Digemari kerana gabungan warna yang menyerlah antara hijau dan kuning. Sesuai untuk laman yang luas.
  5. Buluh hitam - nama saintifik Phyllostachys Nigra. Mempunyai batang berwarna hitam.
  6. Buluh Siam - nama saintifik Thyrsostachys Siamensis. Paling digemari untuk landskap kerana ciri renek. Mudah dibentuk dan dahan perlu dicantas untuk menghasilkan rimbunan. Mencapai tinggi maksimum sehingga enam meter.
  7. Buluh Buddha - Nama saintifik Bambusa Tuldoides 'Ventricosa", Bambusa vulgaris c.v. wamin. Ada juga yang memanggil sebagai buluh botol kerana keadaan ruasnya yang unik. Sangat digemari untuk landskap kerana mudah dibentuk. Ranting perlu dicantas untuk menghasilkan rimbunan. Mencapai ketinggian hanya empat meter.
  8. Buluh putih - nama saintifik Bambusa Heterostachya Varigata. Juga digemari kerana ciri tumbuhan renek dan mudah dibentuk. Boleh mencapai ketinggian empat meter.
  9. Buluh renek - nama saintifik Pleiobastus Fortunei. Sesuai sebagai tanaman tutup bumi. Hanya mencapai ketinggian sehingga empat meter.


Sesuai dengan sifatnya yang boleh membesar hingga 2.43 meter, buluh juga menjadi antara tanaman pagar yang dapat menghalang pemandangan luar. Ini memberikan privasi dan keselesaan di taman itu.Tanaman itu turut menghalang angin dan bunyi desiran angin di celahan pokok buluh mendamaikan hingga membangkitkan nilai estetika di taman.































No comments:

Copyright© All Rights Reserved by nur fateha aris.blogspot.com